v

Thursday, June 03, 2010

SUKU AKHIR KEJOHANAN KEBANGSAAN RAGBI LIGA ALUMNI 2010



PUSINGAN SUKU AKHIR

KEJOHANAN KEBANGSAAN RAGBI LIGA ALUMNI 2010

TARIKH

SEPAK MULA

PERLAWANAN

Sabtu 5-Jun 2010

3:00ptg

Pahang ExSAS lwn Negri SDAR

5:00ptg

KL SMSOB lwn Perak STAROBA

Ahad 6-Jun 2010

3:00ptg

Johor Sajoha lwn Melaka KYSER

5:00ptg

Selangor HSKOBA lwn Terengganu Sesma

MASA PERMAINAN

  1. Masa permainan 2 x 35 min
  2. Sekiranya seri masa tambahan sudden death selama 5 min
  3. Sekiranya seri sepakan penalti
  4. Masa bagi Sin Bin dan Blood Bin selama 10 minit.

PERMAINAN TERGENDALA

Keputusan selepas 20 minit permainan kekal.

  1. Jika sepak mula perlawanan tertunda, masa permainan akan disingkatkan bagi mengambil kira tamat tempuh sessi perlawanan – 4.45 ptg bagi sessi pertama dan 7.15 bagi sessi kedua.
  2. Sekiranya masa sessi perlawanan atau cuaca tidak mengizinkan masa tambahan maka sepakan penalti akan diteruskan bagi menentukan pasukan menang.
  3. Sekiranya masa sessi perlawanan atau cuaca tidak mengizinkan sepakan penalti maka lambungan syiling akan menentukan pasukan menang.
  4. Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan ekoran gangguan luar, pihak yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan dan kemenangan diberikan kepada lawannya.

PEMAIN

  1. Maksimum 25 pemain terdiri daripada anak kelahiran atau anak didik negeri masing-masing. Seorang pemain hanya boleh bermain untuk satu negeri sahaja dalam musim yang sama termasuk bagi perlawanan kelayakan.
  2. Sekurang-kurangnya 15 terdiri daripada ahli persatuan alumni masing-masing.
  3. Maksimum 10 orang gantian.
  4. Pasukan yang gagal bersedia dengan 12 orang pemain di dalam padang 15 minit selepas waktu sepak mula dianggap kalah dengan skor 0 – 7.
  5. SEMUA PEMAIN SILA SERAHKAN KAD PENGENALAN KEPADA PEGAWAI PERLAWANAN SEBELUM PERLAWANAN.

PENGADIL

  1. Pengadil lantikan KR Selangor
Pasukan wajib menyediakan pengadil garisan. Jika tiada pasukan perlu mengeluarkan salah seorang daripada pemain di padang menjadi pengadil garisan.

No comments:

Post a Comment