v

Tuesday, April 02, 2013

Teknik Forex Sebenar - Face to Face Tutorial

Alhamdulillah, pada 30 Mac 2013 yang lepas, telah berlangsung kelas tutorial bagi pembeli ebook Teknik Forex Sebenar yang diadakan di d'Villang Resort, Ayer Keroh, Melaka. Bersempena dengan cuti sekolah, kesempatan itu diambil untuk membawa sekali anak-anak berjalan-jalan makan angin.

Kelas tutorial yang dikelolakan sendiri oleh penulis ebook Teknik Forex Sebenar, iaitu encik Khalid Hamid telah mendapat sambutan yang hangat, sehinggakan terpaksa dibuat di dalam 2 sessi iaitu pagi dan petang. Kelas yang berlangsung selama 3 jam itu, banyak merungkaikan cara-cara untuk melihat candlestick dan membaca pergerakan market dengan lebih senang, mudah dan simple tetapi amat bermakna sekali untuk trader-trader baru seperti saya (dalam kelas ni juga ada seorang brader berumur 50-an dan juga baru berjinak-jinak dalam trading forex ini, hebat kan?).


Walaupun kelas tersebut hanya berlangsung selama 3 jam, tetapi ilmu yang didapati amat bermanfaat dan boleh saya katakan tidak rugi langsung menghadirinya. Banyak persoalan, teknik dan tips yang dikongsi bersama oleh penulis dan para peserta lain.

Inilah antara keistimewaan yang saya dapat hasil dari membeli ebook Teknik Forex Sebenar, selain dari support yang berterusan dari penulis sendiri di group facebook. Anda juga menikmati keistimewaan ini jika membeli ebook Teknik Forex Sebenar ini. Apa tunggu lagi?


macam biasa, sessi bergambar tetap ada

No comments:

Post a Comment