v

Monday, February 06, 2012

Move On!

"Kalau orang dah tak suka tu, ko lepaskan je la, BODOH!!"


Masih terngiang-ngiang lagi makian dari seorang bekas kawan aku yang juga kawan baik kepada bekas isteriku. Agak payah untuk aku terima kenyataan sebab aku beri kepercayaan sepenuhnya kepada dia. Kerana rasa kasihan padanya kerana baru menjanda, aku beri kebenaran pada bekas isteriku untuk menemaninya. Tapi balasan yang aku dapat? Makian, tikam belakang, ambil kesempatan (Allah je yang tahu apa yang aku dapat - semoga Allah ampuni dosa-dosa dia - aku? aku takkan ampunkan orang-orang macam ni).


Bukan cerita ini yang aku cuba sampaikan. Hasil titik tolak dari situ, aku sedar bahawa ego dan maruah aku telah dijatuhkan dan dipijak seenaknya. Dan atas kesedaran itu, aku cuba untuk "move on". Hidup harus diteruskan. Aku kuatkan diri untuk terus melangkah (kadangkala aku terjatuh gak), bersendirian ditemani kekuatan anak-anak. 


Tak semudah yang dilihat dan diceritakan, the struggling and fighting within myself adalah musuh nombor satu yang aku kena hadapi dan overcome dulu. Perlahan-lahan, aku berjaya atasi semua itu dengan dorongan dan kekuatan yang diberikan oleh beberapa orang yang rapat denganku termasuk mak abah, anak-anak, adik-adik, sedara-mara, few friends from Vikings dan mereka-mereka yang sayang padaku (cewah).


Slowly aku bina balik kehidupan aku, susun atur semula, merencanakan semula apa-apa yang perlu diberi keutamaan dan masih cuba merealisasikan semuanya. Berbekalkan pengalaman lepas, aku beringat-ingat dalam apa jua yang aku hadapi. Aku ni jenis yang degil, keras kepala dan suka ambil risiko which kadangkala bila difikirkan balik ada elok dan tak eloknya.


Membina kehidupan untuk terus bergerak itu tidak semudah yang disangka dan dikata, tetapi yang penting ialah tetapkan niat dan tanamkan azam. Dalam apa jua perkara, azam, niat dan nekad serta usaha adalah faktor utama dalam mencapai apa yang kita hajati. InsyaAllah, Tuhan akan bersama kita. 


Kehidupan itu amat adil. Mereka yang senang sekarang, dilahirkan dari situasi yang susah. Begitu juga bagi yang susah sekarang, mungkin mereka pernah senang suatu ketika dahulu hingga leka. Aku dulu begitu. Pernah mewah, senang dan bahagia. Tapi terleka dan asyik, ditarik balik semua itu  hingga jatuh terbaring dan ketika terbaring itulah aku terpandang ke atas dan melihat langit itu luas dan tinggi. Tetapi aku lihat langit itu indah, jadi aku cuba mendaki perlahan-lahan dan percaya aku akan di atas semula.


Kesimpulannya, kalau orang dah tak suka, kita lepaskan je.. hahaha.. kidding.. kesimpulannya, masalah akan berlaku dimana-mana. Apa yang penting, bagaimana cara kita untuk hadapi dan overcome the situation. Belajar untuk mengawal keadaan, belajar untuk pentingkan diri sendiri,  belajar untuk prioritize things, belajar untuk lihat sesuatu itu dari lingkungan kesenangan kita, belajar untuk melihat lebih jauh dari apa yang kita lihat sekarang, belajar untuk berfikiran positif. InsyaAllah, dunia pasti akan lebih indah jika kita berjaya hadapi semua itu. 


(aku masih belajar semua itu)



2 comments:

  1. Sabar ye...itulah masalah dunia. Tak pernah habis. Tapi itu yang mendewasakan kita. Semoga tabah mengahadapi hari yang mendatang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. setelah penat bersabar, lama-lama ia dah sebati dalam diri. :)

      Delete